Cuti Sekolah..Cuti Hari Minggu..Tak Ada Idea Nak Buat Apa?

Apa kata anda gembirakan keluarga dan anak-anak ke taman tema air sekitar Malaysia. Sambil-sambil gembirakan anak-anak anda juga dapat sejukkan badan dan rapatkan hubungan kekeluargaan. Yang pasti anak-anak pasti tak akan menolak! Sebut sahaja nak pergi main air pasti mereka tersenyum riang. Untuk kepuasan maksimum, kami cadangkan anda pilih taman teman air yang ada hotel. Sebabnya, percutian taman tema air yang menawarkan hotel ini memberi lebih masa dan kurang meletihkan.

Jom lihat beberapa taman tema air yang mesra kanak-kanak dan sesuai untuk percutian keluarga bahagia. 🙂

TAMAN TEMAN AIR JOHOR

1. LEGOLAND WATER PARK

Taman tema terbesar di dunia ini menawarkan lebih 20 gelongsor air dengan lebih 40 tarikan permainan air yang boleh dicuba. Memang mengujakan! Di dalam taman tema ini juga diletakkan lebih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori:

  • Keluarga,
  • Kanak-kanak bawah 5 tahun dan
  • Kanak-kanak atas 5 tahun.

Antara tarikan yang ada di sini adalah Splash ‘N’ Swirl yang merupakan gelongsor terbesar di taman tema air ini, Joker Soaker, DUPLO Splash Safari, LEGO Wave Pool, LEGO Slide Racers dan banyak lagi! Build-A-Raft River amat popular di kalangan kanak-kanak kerana mereka boleh menguji minda dengan membina rakit sendiri mengguna kepingan Lego lembut manakala Joker Soaker membolehkan kanak-kanak bermain meriam air sambil 77 liter air dicurahkan ke atas mereka.

Sebenarnya, boleh gugur jantung kalau nak cuba semuanya dalam masa sehari, oleh sebab itu, untuk memaksimakan keseronokan percutian anda di sini, apa kata jika anda menginap di LEGOLAND® Hotel yang seperti dibayangkan, dikelilingi oleh pelbagai objek yang dihasilkan menggunakan Lego.

Harga masuk bergantung pada pakej yang diambil dan jika menempah awal, pastinya harga pakej taman tema air
lebih murah.

TAMAN TEMAN AIR PERAK

1.LOST WORLD OF TAMBUN

Dikelilingi oleh hutan yang menghijau dan batu kapur, Lost World of Tambun adalah destinasi taman tema air yang dapat membuatkan anda terlupa seketika kacau-bilau hidup di kota.

Bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay, malah orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo, melihat harimau Siberia yang eksotik di Tiger Valley, mempelajari sejarah perlombongan bijih timah yang terkenal.

Menikmati keindahan batu kapur dari pelampung di Adventure River ataupun membawa anak-anak berseronok di Kids Explorabay yang padat dengan permainan interaktif ataupun berlumba di Cliff Racer, apa pun rancangan aktiviti anda di sini, tiada sesaat pun waktu untuk kebosanan datang.

Anda boleh menyertai aktiviti lasak lagi mencabar di Adventure Park atau merawat kesihatan di 8 kolam air panas di Lost World Hot Spring & Spa. Sekiranya anda bercadang untuk ke sini, jom hubungi kami untuk dapatkan harga pakej taman tema air sekali pakej penginapan.

pakej taman tema air pakej taman tema air pakej taman tema air pakej taman tema air

TAMAN TEMAN AIR MELAKA

1. MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT

Terletak berhadapan Zoo Melaka, taman tema yang dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar menawarkan lebih 12 tarikan diikuti Taman Dinosaur dan Taman Ekstrem untuk aktiviti lasak seperti Go Kart serta Paintball. Turut disediakan permainan Aqua Bubbles yang mana pengunjung masuk ke dalam belon besar dan berjalan di atas air.

Menariknya suasana di sini seperti pesta fun fair dengan adanya deretan kedai yang menawarkan pelbagai jenis permainan dengan hadiah menarik untuk dimenangi.

2. A FAMOSA WATER WORLD

Taman tema ini sangat popular kerana dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang menepati tahap antarabangsa. Antara tarikan utama adalah pantai buatan, luncur air setinggi 7 tingkat, halangan air dan banyak lagi. Selain itu, taman tema ini menyediakan pelbagai kawasan riadah seperti kawasan bermain layang- layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing.

Safari Wonderland pula memberi peluang kepada kanak-kanak melihat haiwan liar dalam habitat yang asal manakala bangunan berkonsepkan Wild West membuatkan anak-anak seolah-olah mengembara di dunia koboi.

TAMAN TEMAN AIR SELANGOR

1. GOLD COAST MORIB WATER THEME PARK, BANTING

Resort percutian keluarga ini memang sangat sesuai untuk anak-anak dan berdekatan dengan pantai Morib, antara sebab ia menjadi tumpuan penduduk sekitar Selangor kerana lokasi yang dekat. Terletak tidak jauh dari banyak tempat menarik seperti Pantai Morib, Pantai Bagan Lalang dan Pantai Kelanang, memilih pakej taman tema air Gold Coast Morib sebagai destinasi percutian anda adalah satu pilihan yang tepat.

Taman tema ini yang luas dengan gelongsor yang panjang direka seperti ‘badan naga’ menjadi tarikan utama pengunjung. Terdapat pelbagai lagi jenis kolam dan permainan gelongsor air yang menarik untuk memenuhkan hari anda. Sememangnya sehari tidak cukup untuk menikmati segala tarikan yang terdapat di Gold Coast ini kerana selain water parknya, tarikan lain juga boleh didapati di sini seperti flying fox, high rope dan kayak.

2. WET WORLD SHAH ALAM

Berlatar belakangkan Taman Tasik Shah Alam, Wet World Shah Alam adalah salah satu tarikan taman tema air yang mesti anda lawati. Bagi anda yang datang bersama keluarga dengan anak-anak kecil, taman tema air ini adalah antara yang boleh memberikan anda kegembiraan maksimum. Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk memacu adrenalin boleh terus menuju ke Monsoon Buster untuk menaiki gelongsor berkepanjangan 225 meter yang akan menolak anda ke atas menggunakan jet air yang berkuasa tinggi.

Jika aktiviti meremangkan bulu roma bukanlah pilihan anda, anda mungkin ingin meluangkan lebih masa di Thunder River yang mana anda boleh relaks di atas pelampung yang menggerakkan anda di sepanjang sungai buatan. Tarikan lain yang terdapat di sini adalah Pirate Challenge, Kiddy Typhoon Lagoon, Treasure Island, Pirate Cove dan Bermuda Triangle yang kesemuanya sesuai untuk bukan sahaja dewasa, malahan juga kanak-kanak.

3. SUNWAY LAGOON PETALING JAYA

Bila bercakap tentang taman tema air, Sunway Lagoon tidak boleh sama sekali dilupakan. Dengan pelbagai tarikan menarik berkumpul di satu tempat yang sama, anda belum betul-betul menikmati percutian taman tema air jika belum pergi ke Sunway Lagoon.

Water park Sunway Lagoon diselubungi oleh keseronokan gelongsor-gelongsor dan kolam-kolam yang penuh dengan sensasi zero graviti dan percikan air yang menyegarkan.

Antara tarikan yang dapat anda sekeluarga nikmati di sini adalah Wave Pool, Zambezi River & Victoria Falls, Vuvuzela, Congo Challenge, Giant Tipping Bucket, Kalahari Kids, Lake Kariba, Surf Beach dan banyak lagi. Tapi yang paling menarik di sini adalah gelongsor Vuvuzelanya yang merupakan gelongsor air tertinggi dan terbesar di dunia.

Artikel asal: siraplimau.com, maisinggah.com

taman tema air harga taman tema air harga pakej taman tema air harga pakej taman tema air

Kenapa Perlu Ambil Pakej Taman Tema Air (2Hari 1Malam)

  • Lebih santai dan relax. Namapun percutian, jika 1 hari sahaja badan yang letih belum sempat rehat menyebabkan percutian taman air anda terbantut. Nak drive pulang pun tak bersemangat dan lemau. Jadi, lebih baik ambil pakej sekali hotel dan makan untuk kepuasan maksimum!
  • Anak-anak lebih gembira dan senang di kawal. Anda pasti tak mahu anak anda menangis sebab belum puas main air. Tentu anda tak mahu mendengar tangisan di dalam kereta kan. Sebenarnya, anda boleh elakkan tangisan ini dengan menempah pakej taman tema air siap penginapan dan makan. Esok pagi un anak-anak masih berpeluang untuk main air.
  • Kebanyakkan taman tema air di Malaysia ini bertaraf antarabangsa. Amat memenatkan untuk meghabiskan lebih 40 permainan air di satu taman tema menyebabkan pilihan untuk bermalam di hotel atau resort ialah pilihan terbaik.
  • Makan sedap. Pakej taman teman air datang bersama breakfast di hotel / resort yang sedap dan menyelerakan. Jadi anda ada cukup tenaga untuk main air untuk second round. Seronokkan ambil pakej percutian taman tema air, semua lengkap dan mudah.

Baiklah anda boleh hubungi nombor di bawah untuk book pakej percutian taman tema air dengan hotel hari ini.

Atau jom baca apa lagi yang menarik tentang Pakej Taman Tema Air ini sampai habis.

Bayangkan Hal Ini Apabila Anda Ambil Pakej Taman Tema Air Dan Hotel

1. Anak-anak terlalu gembira dan ketawa riang sebab ada tempat untuk main air. Waktu mereka kecil inilah kita sebagai ibubapa nak didik dan latih anak. Jadi apa kata anda bawa mereka untuk berlatih water confident dan berenang hari ini. 🙂

2. Isteri tak lagi murung sebab duduk di rumah seharian berminggu-minggu. Terutamanya isteri yang tak berkerja dan banyak habiskan masa di rumah. Jom hadiahkan mereka tiket taman tema air atau pakej taman teman air untuk mereka bergembira. Nak control anak pun jadi semangat sebab boleh sambil-sambil main air. Kalau tak, asyik control anak di rumah je. Alang-alang dah memang kena control bawa je terus ke taman tema air. Malam tu confirm anak-anak dah tidor sebab letih. Ibu pula boleh rehat dengan tenang. Begitulah..

3. Isteri yang berkerja pula memang banyak duit. Kalau tak habiskan duit tu untuk kegunaan gembirakan anak- anak nanti habis ke lain juga. Beli tudung lah. Beli bag lah. Beli pinggan mangkuk lah. Jadi, alang-alang tu, apa kata anda beli kegembiran keluarga dengan pakej taman tema. Sampai tua pun jadi ingatan tau!

4. Ha. Ini pula untuk para suami. Jom laksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga dengan baik. Salah satunya memimpin ke arah keluarga bahagia. Jadi,apa kata anda pimpin mereka ke taman tema hari ini. He He.

5. Sebenarnya, dalam kita memberi ruang untuk gembirakan anak-anak untuk bermain dan bersuka-ria, ibu-bapa juga boleh ambil masa sedikit untuk bercanda dengan pasangan masing-masing. Banyak yang boleh di bualkan ibarat macam pasangan baru bercinta. Sweeeet.

6. Orang muda. Jika anda nak test apa tahap adraline anda, boleh cuba permainan-permainan extreme yang di tawarkan. Percutian taman tema air bersama kawan-kawan pasti menyeronokkan terutama semasa masih di kolej atau universiti. Terlalu banyak aktiviti menarik yang dapat anda lakukan kelak!

Sebenarnya, banyak lagi kenangan indah dan teristimewa yang tak dapat kami nak ungkapkan dengan kata-kata melainkan anda merasai sendiri. Jangan bertanggunh lagi, jom hubungi pakej taman tema hari ini

Jom Whatapps Untuk Pakej Taman Tema Air Yang Ada Hotel Hari Ini

*(Klik Saja Nombor Di Bawah, Tak Perlu Taip Semula!)

Review 5 Star Kepada Kami

taman tema air taman tema air selangor hotel dengan taman tema air selangor

 

 

Anda Juga Mungkin Meminati: