Pakej Percutian Pulau Tioman 2018 & 2019 Di Pelbagai Resort.

Minimum Dua Orang Pun Boleh!

Pulau Tioman adalah sebuah pulau kecil di perairan negeri Pahang, Malaysia, yang sangat terkenal dengan pasir putih lembut dan juga kejernihan lautan sekeliling. Pulau ini terkenal dengan aktiviti menyelam skuba dan juga snorkeling! Selain itu, anda juga boleh berkayak, mencuba rock climbing di Dragon Horn dan Twin Peak dan juga trekking dalam hutan hujan tropika di Pulau Tioman yang indah

Pulau Tioman merupakan rumah pelbagai spesies haiwan yang terancam seperti Long-Tailed Macaque, Slow Loris dan juga Red-Giant Squirrels! Selain itu, terdapat juga lebih daripada 138 spesies burung tropika yang berterbangan sekitar hutan hujan tropika ini. Lautannya pula penuh dengan ikan-ikan eksotik dan terumbu karang yang cukup indah. Terdapat pelbagai pakej Pulau Tioman untuk anda pilih

Hubungi Travel Consultant Pakej Pulau Tioman Hari Ini

Jom pergi bercuti di Pulau Tioman tahun ini. Hubungi travel consultant LexgoTravel untuk consultation secara PERCUMA dan dapatkan sebut harga pakej Pulau Tioman 2018 murah hari ini.  Terlalu banyak aktiviti di Pulau Tioman yang terindah untuk anda buat di sana.

Tanya travel consultant kami tentang pakej apa yang paling sesuai untuk anda sekarang;

+6 011 21131318 Zul

+6 012 3314893 Hajar

+6 012 2943638 Sam

atau email ke sales@lexgotravel.com

atau dapatkan FREE Quotation di sini

Kenapa Perlu Ambil Pakej Percutian Pulau Tioman Dengan Kami

HOTEL DAN RESORT
Kami carikan dan book di tempat yang dekat dengan bandar. Sangat sesuai sehingga anda boleh jalan sendiri ke kedai runcit atau rasa street food. Tak perlu lagi pening memikirkan hotel yang mana, travel consultant kami akan bantu anda untuk pilih hotel atau resort yang paling sesuai. Pilihan hotel dan resort ini akan bergantung kepada bajet anda untuk 3 bintang, 4 binatang atau 5 bintang. Jangan pening lagi, kami mudahkan urusan anda. 🙂

PERJALANAN
Tak perlu pening kepala lagi nak cari kenderaan sewa dan buat bacaan mendalam untuk iternirary anda. Biar kami bantu anda siapkan semua ini. Dari tempat yang popular di kalangan pelancong, makanan yang sedap lagi halal, tempat cantik untuk bergambar, puas hati untuk shopping (sebab murah) dan tempat masyur di kalangan penduduk tempatan semuanya ada. Travel consultant kami bersedia untuk terangkan lebih lanjut. Lagipun, dah ramai yang puas hati dengan iternirary dan servis yang kami sediakan. Yang pasti waktu solat anda terjaga dan makanan semuanya di restoren yang halal dan sedap.

SCUBA DIVING DAN SNORKELING SEPUASNYA
Inilah tujuan utama ke Pulau Tioman kan! Dengan kami, anda akan di bawa ke tempat-tempat utama ikan bermain. Travel guide kami amat berpengalaman dan mereka sedia mengambil gambar anda bersama ikan tatkala di minta. Lihat ikan jerung, penyu, nemo dan pelbagai jenis coral yang berwarna warni, cantik dan jinak. Pakej pulau Tioman ini pasti menjadi kenangan terindah untuk anda, keluarga dan sahabat. Yang pasti semua aktiviti ini sudah termasuk dalam pakej. Tak perlu lagi nak pening kepala mencari di pulau nanti.

TOUR GUIDE YANG BAIK HATI
Seperti kami juga, travel guide di sana sangat baik hati dan menjaga kebajikan anda. Contohnya jika anda demam atau seumpama inform kami segera dan kami akan bawa anda ke klinik atau hospital berdekatan. Di samping itu, tour guide kami bukan biasa-biasa, tour guide kami mahir dan berpengalaman akan kawasan tempatan. Mereka juga mudah mesra dan faham citarasa orang Malaysia. Kami amat pasti anda juga baik hati sebab orang yang baik akan menarik orang yang baik juga. 🙂

MUDAHKAN URUSAN ANDA
Ada benarnya tanpa agensi pakej percutian anda boleh pergi bercuti sendiri. Walaubagaimanapun, kami di sini untuk mudahkan urusan anda. Dari tempat tinggal, itenerary perjalanan, kenderaan, aktiviti menarik dan kedai makanan yang halal dan sedap semuanya kami boleh uruskan! Sudah menjadi kepakaran kami untuk membantu anda menyediakan pakej percutian yang selesa, murah dan mudah. Anda pasti tidak mahu bersusah payah survey hotel, makanan halal atau aktiviti yang apa paling sesuai kan. Serahkan kepada kami, anda pasti nak pergi lagi!

pakej pulau tioman

9 Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan di Pulau Tioman

1. Jungle treking di Pulau Tioman, ada boleh memilih trek

  • Air batang – Saloang (8km)
  • Tekek – Juara (7km)
  • Mukut – Twin Peak (4km)
  • Mukut – Asah (2km)

2. Mencuba kesejukan air terjun Pulau Tioman.
Ada dua pilihan samada nak ke air terjun Asah *paling popular atau air terjun Lubok Tija

3. Mendaki gunung Kajang dan gunung si Mukut (twin peak) yang terkenal untuk sukan rock climbing.

4. Zon bebas cukai Pulau Tioman. Kalau nak tahu Pulau Tioman ini lengkap dengan

  • Bank
  • Balai polis
  • Money changer
  • Masjid
  • Klinik
  • Sekolah
  • Lapangan terbang

5. Nak aktiviti mewah?
Apa kata anda main golf di Berjaya Tioman Spa Resort

6. Cuba aktiviti scuba diving di Pulau Tioman
Nikmati keindahan scuba diving ke pulau-pulau kecil seperti Renggis, Soyak, Chebah, Magicienne Rock

7. Lihat ikan yang perlbagai warna dan saiz dengan aktiviti snorkeling.
Kalau anda dah pernah pergi Pulau Perhentian, pasti terubat rindunya. Kerana kedua-dua Pulau ini mempunyai keunikan yang tersendiri.

8. Island hoopping di Pulau Tioman

  • Tulai
  • Chebah
  • Sepoi
  • Labas
  • Sembilang
  • Sri Buat Tokong Bahara

9. Pakej scuba diving
Kursus scuba diving PADI ada di tawarkan di Pulau Tioman. Dive instructor dan master di sini semuanya baik belaka. Dan di sini terdapat dive master yang ZERO kecederaan dan kemalangan sepanjang 20 tahun lebih beroperasi. Nak selamat? Jom ambil pakej scuba diving dengan dive master ini!

Pelabuhan Feri Yang Mana Lebih Dekat Untuk ke Pulau Tioman?

Anda boleh menaiki feri sama ada dari Jeti Mersing (Johor) atau Jeti Tanjung Gemok (Pahang). Jika anda menaiki bas, lebih sesuai anda mengunakan Jeti Mersing, manakala jika anda meniki kereta lebih sesuai mengunakan Jeti Tanjung Gemok. Jadual perjalanan feri Jeti Mersing lebih kerap berbanding Jeti Tanjung Gemok.

1. Pelabuhan Feri Tanjung Gemok
Harga tiket feri perjalanan sehala dari Tanjung Gemok adalah RM35 untuk dewasa, dan RM30 untuk kanak-kanak. Bilangan pelepasan feri dari jeti ini adalah pada waktu pagi dan petang. Masa perjalanan feri ke Pulau Tioman adalah sekitar 1.5 jam ke 2 jam.

2. Pelabuhan Feri Mersing
Dari Mersing, masa perjalanan feri ke Pulau Tioman adalah dalam sekitar 3 jam. Tiket sehala adalah RM35 , tetapi jika anda beli secara atas talian, harga mungkin lebih tinggi kerana terdapat caj tempahan. Feri di sini berlepas setiap 2-3 jam setiap satu di antara 7.30 pagi ke 6 petang. Masa perjalanan feri ke Pulau Tioman adalah lebih lama dari pelabuhan Tanjung Gemok.

Tip Berguna Apabila Menaiki Feri ke Pulau Tioman

  • Masa perlepasan feri mungkin berlainan mengikut keadaan laut semasa.
  • Feri akan berhenti di setiap kampung di Pulau Tioman (kecuali Juara), tetapi anda harus bertanya dengan operator sebelum membeli tiket.
  • Bilangan masa feri berkurangan pada musim hujan (November ke Mac), dan perlepasan feri boleh ditunda atau dibatalkan.
  • Beli tiket feri anda terlebih dahulu sebelum waktu puncak pelancongan (hujung minggu, cuti awam, cuti sekolah, musim perayaan)

Secara ringkasnya, Pulau Tioman adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia! Selami perairannya yang jernih dan penuh dengan ikan-ikan eksotik dan terumbu karang, dan habiskan masa dengan persekitaran yang menenangkan. Tunggu apa lagi? Jom tempah pakej percutian pulau tioman hari ini.

Ingin Percutian Yang Dekat Dengan Keindahan Flora Dan Fauna?

Hubungi travel consultant LexgoTravel untuk consultation secara PERCUMA dan dapatkan sebut harga pakej Pulau Tioman 2018 murah hari ini.  Terlalu banyak aktiviti di Pulau Tioman yang terindah untuk anda buat di sana.

Tanya travel consultant kami tentang pakej Tioman apa yang paling sesuai untuk anda sekarang;

+6 012 3314893 Hajar

+6 012 2943638 Sam

+6 011 21131318 Zul

atau email ke sales@lexgotravel.com

atau dapatkan FREE Quotation di sini

pakej pulau tiomanpakej pulau tioman 2018  pakej pulau tioman 2018

Lihat Apa Kata Pelanggan Pakej Percutian Pulau Tioman 2018 

pakej percutian pulau tioman pakej percutian pulau tioman pakej percutian pulau tioman

10 Barang Wajib Bawa Bila Pergi Bercuti Di Pulau Dan Pantai

(No 10 Tu Paling Penting!)

“Alamakk..” “Lupa la nak bawak sunblock..”

Inilah skrip biasa kalau pergi bercuti ke pulau kan.

Sebab itulah kami senaraikan 10 barang wajib yang perlu anda masukkan dalam check list supaya tidak lupa lagi.

Jom lihat apakah barang-barang itu..

1. Air Putih Yang Banyak

Purata orang dewasa memerlukan 8 gelas penuh air setiap hari seperti yang disyorkan oleh doktor di seluruh dunia. Angka ini akan bertambah apabila anda di bawah sinar matahari. Lagi-lagi anda di pulau yang matahari panas membahang. Oleh itu, pastikan anda minum banyak air putih untuk kekal sejuk dan tidak terhidrat. Ada baiknya jika anda dapat bawa siap-siap air mineral atau botol yang boleh refill untuk lebih jimat. Kalau di pulau baru nak beli maka bersiaplah untuk berbelanja lebih.

2. Bawa Sunblock

Subblock ini bukan setakat nak lindungi kulit anda dari panas matahari. Ia juga sebenarmya mencegah dari kanser kulit kerana sinaran UV yang bahaya. Lagi satu, tak adalah anda rasa pedih dan kulit menggupas kerana seharian di bawah cahaya matahari. Itu baru sehari, bayangkan jika anda ambil pakej percutian pulau yang 4 hari dan ke atas. Memang jadi ayam panggang! Kami sediakan gambar di bawah untuk rujukan anda.

pakej pulau perhentian 2018

3. Bawa Payung Ke Pantai

Payung adalah cara yang sempurna untuk memastikan anda di bawah lindungan cahaya matahari secara total. Berdiri di bawah cahaya matahari dengan payung sambil menikmati angin sepoi sepoi pantai memang menyeronokkan. Cubalah.

4. Whistle Untuk Keselamatan

Ada ketikanya, whisstle akan dibekalkan tatkala anda menggunakan servis snokeling. Tetapi untuk keselamatan yang optimum pastikan anda bawa personal agar ianya lebh terjamin. Kami tahu and geli nak tiup whistle yang dikongsi ramai orang kan. untuk record, penggunakan whistle di pantai dah membantu banyak kes-kes lemas dan sesat di pantai.

5. Baca Buku Di Pantai

Membaca jambatan ilmu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda menambah ilmu sambil melihat keindahan pantai. Bacaan ringan sudah memadai jika anda ingin berehat. Kalau anda bertandang ke cafe-cafe di pulau, pastikan juga untuk menjengok rak buku di sana dan cuba selitkan bacaan bahasa melayu untuk menunjukkan kita juga bangsa membaca.

6. Botol Air Kosong

Perasan tak sesudah seharian di pantai kaki anda akan penuh dengan pasir-pasir halus. Lepas tu anda nak masuk kereta atau bilik, mesti tak selesakan. Dengan adanya botol air kosong ini, anda dapat isinya dengan air untuk mencuci kaki yang berpasir sebelum memasuki kereta atau bilik. Dengan ini keadaan yang lebih selesa akan wujud. Simple je. Tapi bawa perubahan selesa. Tak perlu lagi lap atau gesel kaki anda kan.

7. Pakaian Yang Cepat Kering

Pastikan bawa pakaian barang yang perlu sahaja. Bawa yang lengan panjang (kalau tak nak hitam), senang kering (dryfit) dan ringan. Jangan bawa jeans dan pakaian berat pula. Nak pergi pantai ni kenalah selesa. Baru lah feeling pulau gitu.

8. Selipar Yang Selesa

Lagi tepat selipat gertah seperti selipar jepun atau flip flop. Jangan gatal nak pakai heels di pantai, confirm tenggelam kasut tu nanti. Apa yang utama ialah kaki anda tidak panas memijak pasir dan cepat kering bila kena air. Bayangkan anda pakai kasut sukan, bila agaknya kasut anda nak kering tu. Bawalah mereka dan anda pasti tidak akan menyesal.

9. Kit Pertolongan Cemas

Semua ubat ubatan seperti panadol, pil chi ka onn, minyak angin, bandage dan minyak gamat umpamanya. Anda juga boleh selit cotton bud, penyepit kuku dan gunting agar kotak pertolongan cemas ini lebih berguna. Anda akan terkejut betapa bergunanya benda ni bila kecemasan berlaku.

10. Cermin Mata Hitam

Ini paling penting! Cermin mata hitam ini untuk gaya dan selfie. Barulah banyak stok nak post gambar di IG dan facebook. He he.

Jom Tempah Pakej Percutian Pulau Tioman 2018 Murah Hari Ini

Hubungi travel consultant kami hari ini untuk tempah slot pakej pulau tioman 2018. Kami juga sedia menjawab setiap pertanyaan anda dengan senyuman paling baik di dunia. Jom pilih pakej ke Pulau Tioman hari ini.

+6 012 3314893 Hajar

+6 012 2943638 Sam

+6 011 21131318 Zul

atau email ke sales@lexgotravel.com

atau dapatkan FREE Quotation di sini

 

 

Anda juga mungkin meminati;