Pakej Percutian Ke Kundasang Sabah 2018 | Murah, Terkini Dan Mudah

Ingin bermalam dan tidur berlatar belakang permandangan Gunung Kinabalu ?

Mahukan nikmati permandangan ladang lembu Kundasang yang luas seperti New Zealand ?

Nak nikmati aiskrim GELATO Kundasang yang di buat segar “live” depan anda?

Nak snorkeling puas-puas sambil lihat ikan nemo dan coral yang dinobatkan Top 10 terindah di dunia?

Ingin rasai pengalaman fish spa dengan ikan koi yang besar dan berwarna warni yang sangat mesra gambar?

Ambillah pakej percutian Sabah sekarang. Semuanya ada di Borneo Sabah.

 

Hubungi Kami Hari Ini

Jom pergi bercuti di Sabah tahun ini. Hubungi travel consultant kami untuk FREE consultation dan dapatkan sebut harga pakej Kundasang 2018 hari ini.

Terlalu banyak pakej Kundasang 2018 yang terindah untuk anda pilih

+6 012 3314893 Hajar

+6 018 9150156 Bahiyah

+6 011 17582769 Sam

+6 011 21131318 Zul

atau email ke sales@lexgotravel.com

atau dapatkan FREE Quotation di sini

Pakej Kundasang 2018 Sabah yang di tawarkan merangkumi semua ground arrangement seperti,

  • Makanan yang sedap
  • Tempat tinggal yang bersih
  • Tempat lawatan yang indah
  • Tiket penerbangan*

Jika inginkan pakej percutian ke sabah 2018 termasuk tiket penerbangan anda hanya perlu beritahu travel consultant kami Kami boleh uruskan tiket flight Airasia, MAS airline dan pelbagai lagi tiket flight murah.

pakej kundasang 2018pakej kundasang 2018 harga pakej percutian ke sabah harga pakej percutian ke sabahpakej percutian ke sabah 2018 termasuk tiket penerbangan

Kenapa Perlu Ambil Pakej Percutian Kundasang Dengan Kami

HOTEL DAN RESORT
Kami carikan dan book di tempat yang paling meriah atau dekat dengan bandar. Sangat sesuai sehingga anda boleh jalan sendiri ke kedai runcit atau rasa street food. Tak perlu lagi pening memikirkan tempat tinggal yang mana, travel consultant kami akan bantu anda untuk pilih hotel atau resort yang paling sesuai. Pilihan hotel dan resort ini akan bergantung kepada bajet anda untuk 3 bintang, 4 binatang atau 5 bintang. Jangan pening lagi, kami mudahkan urusan anda. 🙂

PERJALANAN
Tak perlu pening kepala lagi nak cari kenderaan sewa dan buat bacaan mendalam untuk iternirary anda. Biar kami bantu anda siapkan semua ini. Dari tempat yang popular di kalangan pelancong, cantik untuk bergambar, makanan yang sedap lagi halal, puas hati untuk shopping (sebab murah) dan tempat masyur di kalangan penduduk tempatan semuanya ada. Travel consultant kami bersedia untuk terangkan lebih lanjut. Lagipun, dah ramai yang puas hati dengan iternirary dan servis yang kami sediakan. Yang pasti waktu solat anda terjaga dan makanan semuanya di restoren yang halal dan sedap.

SCUBA DIVING DAN SNORKELING SEPUASNYA
Dengan kami, anda akan di bawa ke tempat-tempat utama ikan bermain. Travel guide kami amat berpengalaman dan mereka sedia mengambil gambar anda bersama ikan tatkala di minta. Lihat ikan jerung, penyu, nemo dan pelbagai jenis coral yang berwarna warni, cantik dan jinak. Pakej sabah ini pasti menjadi kenangan terindah untuk anda, keluarga dan sahabat. Yang pasti semua aktiviti ini sudah termasuk dalam pakej. Tak perlu lagi nak pening kepala mencari di pulau nanti.

LADANG LEMBU DI KUNDASANG DAN IKAN KOI YANG BAIK
Tahu tak di Sabah di ada satu kawasan yang sangat mirip seperti di New Zealand. Bayangkan anda berlari-lari anak sambil di kejar lembu di padang ragut yang luas berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sesudah letih bergambar dan bermain lembu nikmati pula aiskrim gelato segar dan enak di lidah dengan 1001 rasa dan terus sejuk menyusuri anak tekak anda sambil anda upload gambar terbaru di Instagram dan FB. Indahyaaaa saat ini. Oh ya, nak bermanja dan main ikan koi di kaki pun ada. Jom ambil pakej percutian ke Sabah sekarang!

TOUR GUIDE YANG BAIK HATI
Seperti kami juga, travel guide di sana sangat baik hati dan menjaga kebajikan anda. Contohnya jika anda demam atau seumpama inform kami segera dan kami akan bawa anda ke klinik atau hospital berdekatan. Di samping itu, tour guide kami bukan biasa-biasa, tour guide kami mahir dan berpengalaman akan kawasan tempatan. Mereka juga mudah mesra dan faham citarasa orang Malaysia. Kami amat pasti anda juga baik hati sebab orang yang baik akan menarik orang yang baik juga. 🙂

MUDAHKAN URUSAN ANDA
Ada benarnya tanpa agensi pakej percutian anda boleh pergi bercuti sendiri. Walaubagaimanapun, kami di sini untuk mudahkan urusan anda. Dari tempat tinggal, itenerary perjalanan, kenderaan, aktiviti menarik dan kedai makanan yang halal dan sedap semuanya kami boleh uruskan! Sudah menjadi kepakaran kami untuk membantu anda menyediakan pakej percutian yang selesa, murah dan mudah. Anda pasti tidak mahu bersusah payah survey hotel, makanan halal atau aktiviti yang apa paling sesuai kan. Serahkan kepada kami, anda pasti nak pergi lagi!

Lihat Apa Kata Pelanggan Yang Dah Travel Ke Sabah

travel ke sabahpakej sabah 2018pakej ke sabah 2018

 

Antara 9 Tempat Lawatan Pakej Percutian Ke Sabah 2018

PULAU MANUKAN

Sebagai sebuah pulau ke-2 yang terbesar di Taman Marin Tunku Abdul Rahman, ia menjadi destinasi pilihan ramai pelancong untuk bercuti ke Sabah. Air laut tenang di Pulau Manukan menjadikan ia selamat untuk sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak. Sebagai sebuah pulau yang berhutan, anda dapat bersantai di bawah rimbunan pokok sambil menikmati udara segar Pulau Manukan setelah puas berenang. Aktiviti yang terkenal di Pulau Manukan adalah snorkeling. Lokasi terbaik untuk anda melakukan aktiviti ini adalah kawasan laut yang dalam sedikit berdekatan dengan jeti dan jauh dari kawasan pantai yang dipenuhi pelawat. Di sini terdapat taman batu karang yang sangat indah. Bagi anda yang tak pandai berenang, boleh menggunakan jaket keselamatan yang disediakan.

PULAU MAMUTIK

Pengunjung yang ingin mengelak daripada orang ramai akan menyukai Pulau Mamutik, kerana ia kurang dilawati berbanding Sapi dan Manukan; pulau-pulau di mana mereka akan melihat lebih ramai orang daripada ikan, dan bunyi manusia lebih kuat daripada gelombang ombak. Mamutik dinilai oleh sesetengah pelancong sebagai pulau asing kerana keadaannya yang sunyi. Walaupun kekurangan faktor WOW, Mamutik tidak kekurangan pengunjung yang menghargai suasana ketenangan dan privasi yang ditawarkan oleh pulau yang kurang padat ini. Ringkasnya, Mamutik masih menjolok sebagai salah satu pantai yang paling indah di Borneo Sabah dan sebab itulah Mamutik menjadi pilihan dalam pakej percutian ke Sabah.

PULAU MABUL

Mabul adalah sebuah pulau kecil di lepas pantai timur Sabah di Malaysia. Pulau ini telah menjadi kampung nelayan sejak tahun 1970-an. Pada tahun 1990-an, ia mula menjadi popular kepada penyelam kerana berdekatannya dengan pulau Sipadan. Mabul boleh dikatakan satu daripada destinasi paling kaya untuk kehidupan marin kecil eksotik di dunia. Terletak hanya 15 km dari Sipadan, pulau yang berkeluasan 20 hektar ini ditumbuhi oleh pokok palma dan memiliki kawasan-kawasan pantai yang kecil. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah menyelam skuba di mana anda dapat menyaksikan pelbagai hidupan laut yang menarik seperti ikan katak, ikan kalajengking dan banyak lagi yang unik dan menarik untuk dilihat. Jom tanya harga pakej percutian ke Sabah sekarang.

pakej ke sabah PASAR

PASAR FILIPIN

Pasar Filipin ini pula syurga bagi pencinta makanan, di sini anda dapat menemui pelbagai jenis makanan laut, maklumlah Sabah kan kaya dengan hasil laut. Kalau anda ke sini, jangan lupa untuk mencuba makanan popular di sini seperti BBQ kepak ayam madu yang memang pergh! Sedap hingga menjilat jari! Kalau ingin bercadang untuk bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah pastikan jangan lupa untuk singgah tau.

MASJID TERAPUNG (MASJID KOTA KINABALU)

Merupakan masjid kedua terpenting di Kota Kinabalu selepas Masjid negeri di Sembulan. Kos pembinaan Masjid Kota Kinabalu ini adalah 34 juta ringgit. Seni binanya diinspirasikan daripada Masjid Nabawi yang terletak di Madinah. Juga digelar sebagai Masjid Terapung kerana dikelilingi oleh lagun buatan manusia. Bukan itu sahaja, masjid ini juga agak lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, klinik, pusat pengajian madrasah dan kolam ikan. Kalau anda nak menikmati pemandangan masjid indah ini dengan lebih dramatik lagi dari air yang terdapat di sekeliling, anda boleh menaiki bot pedal yang disediakan pihak masjid. Pastikan, jangan lupa untuk bergambar sewaktu ke sini.

PADAS WHITE WATER RAFTING

Perjalanan ke sungai Padas Sungai ini merangkumi sekitar 9 km dari Sungai Padas sepanjang 200km. Perjalanan white water rafting ini akan mengambil masa kira-kira 2 jam. Sungai Padas terletak di pedalaman bahagian barat daya Kota Kinabalu yang hanya boleh diakses dengan kereta api. Oleh itu, anda akan menikmati perjalanan menaiki kereta api untuk sampai ke Padas Gorge, Sabah, Borneo. Jom tanya berapa harga untuk pakej ke Sabah dengan kami hari ini.

pakej travel sabah 2018

PULAU KAPALAI

Pulau Kapalai yang turut dikenali sebagai Maldives negara Malaysia ini terletak 15 km dari Sipadan. Perjalanan ke sini dari Pulau Mabul yang tak kurang hebatnya hanyalah 15 ke 20 minit perjalanan menaiki bot. Aktiviti yang terkenal yang sering dilakukan tatkala mengambil pakej ke Sabah ini adalah muck diving ataupun aktiviti menyelam ke dasar laut untuk menerokai makhluk makro yang terdapat di bahagian dasar, satu pemandangan yang agak menakjubkan. Anda juga boleh menyewa kayak daripada resort-resort yang terdapat di pulau ini.

PULAU SIPADAN

Pulau Sipadan yang hanya berkeluasan 12 hektar ini cukup terkenal dengan kekayaan ekosistem marinnya. Mana taknya, terdapat lebih daripada 3000 spesis ikan dan juga terumbu karang yang ditemui di sini. Pulau Sipadan disenaraikan sebagai destinasi menyelam terbaik di dunia di dalam majalah Rodale’s Scuba Diving. Bukan itu sahaja, pulau ini turut menjadi tempat pembiakan penyu. Apa lagi yang anda fikirkan, jadikan Pulau Sipadan sebagai destinasi yang wajib dilawati kalau ke Sabah. Dapatkan sebut harga pakej percutian ke Sabah hari ini.

SEMPORNA

Semporna adalah pintu masuk untuk menyelam di syurga pulau terkenal di dunia seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Sibuan, Mantabuan, Siamil dan Pom Pom antara lain. Pelawat pakej ke Sabah atau levih tepat ke Semporna kebanyakannya menggemari sukan air seperti menyelam atau snorkeling.Di Bohey Dulang Island, Laluan Alam Semulajadi Bohey Dulang yang berbatu mempunyai pemandangan amat cantik sesuai untuk selfie dan gambar foto lanskap yang begitu indah. Jangan tak tahu, di pulau Pom Pom inilah tempat penyu menetaskan telur mereka. Semporna juga terkenal dengan perlumbaan bot tradisional Regatta Lepa yang berlaku setiap tahun pada bulan April. Di luar pantai adalah taman marin yang dikenali sebagai Taman Laut Tun Sakaran, juga dikenali sebagai Taman Kepulauan Semporna. Ia telah diwartakan oleh Taman-Taman Sabah pada tahun 2004. Jom rasai semua keindahan Sabah dengan pakej Sabah 2018 hari ini.

pakej borneo sabah 2018pakej borneo sabah 2018

Hubungi Travel Consultant Yang Baik Hati Hari Ini

Kami menjawab setiap pertanyaan anda dengan senyuman paling baik di dunia. Jom tanya berapa harga pakej percutian ke Sabah hari ini

+6 012 3314893 Hajar

+6 018 9150156 Bahiyah

+6 011 17582769 Sam

+6 011 21131318 Zul

atau email ke sales@lexgotravel.com

atau dapatkan FREE Quotation di sini

P/S; Selain pakej Kundasang 2018, kami juga ada tawarkan pakej honeymoon dalam Malaysia sepertipakej honeymoon Sabah, pakej honeymoon Cameron, pakej honeymoon Johor dan pakej honeymoon Melaka

 

Anda juga mungkin meminati;